Ahad, 27 Mac 2016

0 Ahli Syurga Sibuk Dengan Keseronokan

Yaa-Siin [55] : Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Yaa-Siin [56] : Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Yaa-Siin [57] : Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
Keseronokan itu meliputi keseronokan tempat tinggal, pasangan, pakaian, makanan, minuman, perhiasan dan apa sahaja yang diingini oleh ahli syurga.
Tempat Tinggal
Syurga adalah satu tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. Ia tidak panas dan tidak sejuk:
Al-Insan [13] : Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk
Makanan 
Didalam syurga diberi makan buah dan daging seperti ikan, lembu dan burung dan di sana tidak perlu kepada tandas:
At-Tuur [22] : Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)
Pakaian dan Perhiasan
Ahli  Syurga memakai sutera (harir)
Al-Insan [21] : Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
Pasangan
Setiap ahli syurga mendapat 12 isteri, iaitu 2 dari kalangan perempuan dari dunia dan 10 dari kalangan bidadari.
Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah saw bersabda:”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Bukhari)
Dikatakan kecantikan isteri dunia (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga. Jika kecantikan bidadari itu sendiri sudah tidak terperi, apatah lagi kecantikan isteri dari kalangan perempuan dunia yang solehah.
Perihal Kecantikan Bidadari
Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga, jika sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita).
Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripadacermin, dan seseorang boleh melihat bayangannya sendiri di pipibidadari. Sumsum tulang keringnya dapat dilihat mata. (Mishkat)
Dalam satu riwayat…..Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.
Bidadari pula memakai 70 lapis pakaian yang diperbuat dari sutera dan 70 macam warna, namun masih dapat ditembusi pandangan mata suaminya hingga ke tulang sumsumnya.(nampak kulitnya). Tiada kilang di dunia ini yang mampu menghasilkan 70 lapisan kain yang nipis sehingga masih boleh nampak kulit si pemakainya.
kredit: nasbunnuraini.wordpress.com
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates