Ahad, 13 Oktober 2019

0 Rahsia Angka 7 Dalam Islam

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan. 1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit,...

Rabu, 11 Julai 2018

4 Kriteria Seorang Muazzin

Kekadang terlintas di fikiran, apa motif Astro Oasis mengundang Amy Search untuk mengalunkan Azan di tv. Mungkin dengan niat yang baik bahawa artis juga mampu melaungkan Azan. Namun saya lebih cenderung melihat ia bersifat komersial semata. Masakan tidak, bukankah Astro sendiri mempunya ramai Imam-Imam Muda, mengapa tidak dipergunakan khidmat mereka? Amat tidak sesuai dengan imej Amy sebagai penyanyi rock yang gemar memakai gelang, rantai dan subang ketika beraksi di pentas, dalam masa yang sama menukar imej ketika Azan. Apa-apa pun ia mungkin sekadar untuk siaran tv, maka dengan bersangka baik saja adalah jalan keluar terbaik. Di sini saya...

Jumaat, 17 Februari 2017

0 Selamat Tinggal Semalam

Di perbatasan liku ini Semua memaku tangis dan sendu Kerana sepanjang berkelana Tercarik duka, pilu dan hiba Mereka membawa kedukaan itu Membuang jauh dari lubuk jiwa Biar tak memamah dan bernanah Siksanya membawa ke hujung ketika Cinta, sengketa, berbalah Juga ketawa, riang, gembira Cerminan lumrah dunia yang biasa Kerana akhirnya semua diperhitungkan Secebis ingatan buat yang tinggal Adalah pesanan yang berharga Biar ia memberi ertinya Bila dikau tinggalkan segala Semalam adalah detik tertewas Kerana diri sekian ditindas Begitu semua yang ada Bukanlah abadi berseminya Selamat tinggal semua yang lalu Hari ini gemawan masih membiru Seolah...

Ahad, 27 Mac 2016

0 Ahli Syurga Sibuk Dengan Keseronokan

Yaa-Siin [55] : Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Yaa-Siin [56] : Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Yaa-Siin [57] : Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; Keseronokan itu meliputi keseronokan tempat tinggal, pasangan, pakaian, makanan, minuman, perhiasan dan apa sahaja yang diingini oleh ahli syurga. Tempat Tinggal Syurga adalah satu tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. Ia tidak panas dan tidak sejuk: Al-Insan...

Khamis, 17 September 2015

8 Cara Rasulullah SAW Tertawa & Bergurau

Imam at-Tirmidzi di dalam kitabnya yang masyhur, Syama’il Muhammadiyyah telah menyenaraikan beberapa hadith yang menggambarkan cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa dan bergurau.  Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut: Cara Rasulullah Tertawa `Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf sahih. `Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya: “Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya...

Khamis, 6 Mac 2014

0 Kedudukan Orang Yang Bercinta Kerana ALLAH

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan...

Sabtu, 23 Februari 2013

1 Cukupkah Menyambut Maulidur Rasul?

Assalamualaikum... Dalam minggu-minggu ini semua tempat sibuk mengadakan majlis Sambutan Maudidur Rasul SAW. Sungguh seronok melihat ramai yang teruja menyambutnya dan menunjukkan minat dengan turut serta dalam apa-apa pertandingan selingan dan tak ketinggalan rewang masakan untuk dijadikan jamuan sewaktu majlis. Tak lain tak bukan semua itu sebagai lambang yang boleh kita pamerkan bagi menyatakan kecintaan diri terhadap junjungan nabi SAW. Serta tak ketinggalan ada yang menyanyi lagu-lagu selawat yang perbagai melodinya serta berzanji dan berqasidah bagi merancakkan majlis sambutan. Persolannya adakah cukup sekadar itu bagi menunjukkan...
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates