Khamis, 25 Februari 2010

1 Koleksi Peribadi RASULULLAH S.A.W.

Meskipun sudah lama junjungan nabi kita, Muhammad SAW meninggalkan kita, namun wasiatnya masih kita pegang iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Selama mana kita berpegang kepada keduanya, nescaya kita tak akan sesat dalam kehidupan. Saban tahun kita menyambut 12 Rabiul Awwal sebagai tanda kita mengenang kelahiran nabi kita ini. Apa yang lebih penting, kita perlulah perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW, kerana Allah dan malaikat turut berselawat ke atas baginda. Kali ini saya ingin berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan barangan yang pernah digunakan baginda. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 hijria...

Selasa, 23 Februari 2010

0 Adab Bercinta

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat...

Isnin, 22 Februari 2010

2 Hukum Menyambut Valentine's Day

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan...

Ahad, 21 Februari 2010

0 Asal Kejadian JIN

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya. Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya....
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates