Di perbatasan liku ini
Semua memaku tangis dan sendu
Kerana sepanjang berkelana
Tercarik duka, pilu dan hiba
Mereka membawa kedukaan itu
Membuang jauh dari lubuk jiwa
Biar tak memamah dan bernanah
Siksanya membawa ke hujung ketika
Cinta, sengketa, berbalah
Juga ketawa, riang, gembira
Cerminan lumrah dunia yang biasa
Kerana akhirnya semua diperhitungkan
Secebis ingatan buat yang tinggal
Adalah pesanan yang berharga
Biar ia memberi ertinya
Bila dikau tinggalkan segala
Semalam adalah detik tertewas
Kerana diri sekian ditindas
Begitu semua yang ada
Bukanlah abadi berseminya
Selamat tinggal semua yang lalu
Hari ini gemawan masih membiru
Seolah memberi harapan baru
Demi langkah kaki takkan kaku
Puisi oleh: Putera Islam
Semua memaku tangis dan sendu
Kerana sepanjang berkelana
Tercarik duka, pilu dan hiba
Mereka membawa kedukaan itu
Membuang jauh dari lubuk jiwa
Biar tak memamah dan bernanah
Siksanya membawa ke hujung ketika
Cinta, sengketa, berbalah
Juga ketawa, riang, gembira
Cerminan lumrah dunia yang biasa
Kerana akhirnya semua diperhitungkan
Secebis ingatan buat yang tinggal
Adalah pesanan yang berharga
Biar ia memberi ertinya
Bila dikau tinggalkan segala
Semalam adalah detik tertewas
Kerana diri sekian ditindas
Begitu semua yang ada
Bukanlah abadi berseminya
Selamat tinggal semua yang lalu
Hari ini gemawan masih membiru
Seolah memberi harapan baru
Demi langkah kaki takkan kaku
Puisi oleh: Putera Islam