
Mengikut cakap orang tua lagi bijaksana, seorang guru yang baik harus mempunyai sifat-sifat kesabaran. Ini paling penting kerana seorangguru yang tidak mempunyai kesabaran akan senang marah dan ini akan menjejaskan pembelajaran di kelas. Peribahasa “harimau betina beranak muda” bermaksud seorang itu sangat garang dan cepat marah. Ini juga akan membuat murid-murid membenci guru itu dan lama-kelamaan membuat murid-murid bersikap kurang ajar terhadap guru itu. Sifat ini amatlah penting kerana jikalau guru asyik marah sahaja, anak murid tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya.Sifat yang kedua ialah sifat bertanggungjawab seorang guru. Dia...