Sabtu, 7 November 2009

2 Suatu Epilog



Puisi Oleh : Triple M


Bila Sinar Mentari Tidak Lagi Secerah Semalam Dan Hadir Ia
Tika Malam Masih Perlukan Bulan Satu Pesanan Yang Ingin Kita Jauhi Kerana Hadirnya Secara Tiba-Tiba

Adalah Naluri Diri Sentiasa Mahukan Kesenangan Dan Kenikmatan Dan Bila Datang Bencana Begitu Mudah Kita Lupa Akar Kita Hakikatnya… Kepayahan Itu Berupaya Menjadikan Kita Seorang Yang Suka Berterima Kasih Tetapi Ia Sering Disalah Tafsir Sehingga Membuatkan Kita Dengki Juga Iri Hati

Manusia Merosakkan Buminya Sendiri
Mengapa Tangan Kita Amat Kejam?
Kemusnahan Di Sana-Sini
Hanya Merebakkan Segala Penyakit
Sehingga Seluruh Dunia
Akan Kerap Menyaksikan
Kematian Dan Ratapan
Yang Tak Henti-Henti
Dan Wira-Wira Yang Hanya Berbangga
Dengan Pusara Sendiri

Suatu Panggilan
Dari Suara Hati
Yang Inginkan Kemerdekaan Yang Kekal
Dan Suara Yang Tetap Mahu Berjuang
Kita Pasti Terus Di Sini
Menanti Bencana Apa Lagi
Yang Bakal Melanda
Kemusnahan Diri Dan Jiwa Sukar Diganti
Tetapi Kemusnahan Fikiran Dan Rasa Hati
Adalah Amat Menakutkan
Dan Kita Masih Di Bawah Runtuhan Ini
Dari Kerosakan Akibat Tangan Yang Angkuh

Kini Dunia Menyaksikan
Pemimpin Besar Hanya Gemar Membuat
Sesuatu Yang Dianggap Kebanggaan
Dan Kebanggaan Yang Amat Disayang Itu
Akan Menjadi Sebuah Cerita
Dari Tinta Sejarah Yang Pernah Dicoretkan

2 Komentar:

  1. salam kembara..

    perjuangan suci hanya umpama sebuah nukilan cerita mimpi sahaja bro..

    taa..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Begitulah kisahnya jika menganggap semua yg sementara itu akan kekal selamanya

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates