Isnin, 28 September 2009

0 Menguasai Kemahiran Mendengar & Membaca


Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. Namun begitu apa yang lebih penting, penulis menyatakan teknik untuk mendengar secara berkesan perlu diamalkan seperti berikut.

1. Mulailah proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah.
2. Hendaklah berkeadaan siap sedia.
3. Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar.
4. Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat.
5. Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan.
6. Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan.
7. Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan.
8. Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan.
9. Mengelakkan gungguan-gangguan persekitaran.
10. Mendengar sambil mencatat.


Membaca pula ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;

"Bacalah dengan nama Tuhanmu ……….. (Al-Alaq: 1….)

Berhubung dengan proses membaca ini, penulis telah menggariskan beberapa teknik dan tatacara membaca secara terperinci seperti berikut;

1. Sediakan semua peralatan yang akan digunakan untuk tujuan membaca.
2. Sediakan dengan secukupnya bahan yang akan dibaca.
3. Elakkan daripada sebarang gangguan dan wujudkan suasana yang selesa.
4. Tetapkan tajuk yang hendak dibaca.
5. Tetapkan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
6. Tetapkan jumlah masa yang hendak digunakan untuk membaca.
7. Duduklah dengan cara yang betul dan selesa.
8. Tumpukan perhatian dan fikiran terhadap bahan bacaan.
9. Mulakan dengan berdoa untuk mendapat keberkatan.
10. Gunakan satu penunjuk seperti pensil dan sebagainya.
11. Ketika membaca buat catatan isi penting.
12. Ambil perhatian khas tentang jadual, rajah, data dan symbol

0 Komentar:

Catat Ulasan

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates