Isnin, 25 Januari 2010

3 Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail


Biodata
Tunku Mahmood Iskandar merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad. Baginda dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.[3]
Lahir di di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932.
Keluarga
1956-1962, Sultan Mahmud Iskandar berkahwin dengan Josephine Ruby Trevorrow seorang rakyat Britain, etnik Torquay yang dikenali semasa belajar di sana. Josephine menukar nama kepada Kalsom binti Abdullah. 1962 Setelah bercerai, menetap di England. Datuknya Sultan Ibrahim berkahwin dengan dua orang Eropah iaitu rakyat British dan Romania.
Kemudian berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Sultan Mahmud Iskandar mempunyai 2 anak lelaki dan 8 perempuan berwajah pan Asian iaitu :
Tengku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 11 Julai 1956. Tengku Puteri Johor, berkahwin dengan Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah bin Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Selangor.
Tengku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), lahir 1961. 1986 berkahwin dengan Tengku Mahkota Abdullah bin Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah, Sultan Pahang.
Tengku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine)
Tengku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Josephine), berkhawin dengan Sultanah Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ,Sultan Perak.
Tengku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
Tengku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
Tengku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
Tengku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah), lahir 1970, Tengku Bendahara, berkahwin pada 13 January 2006 dengan Tengku Teh Mazni binti Tengku Yusof, lahir 1976, anak Tengku Yusof bin Tengku Muhammed Jewa dari Kedah.
Tengku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)
Tengku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar (dengan Tengku Zanariah)[4]
Pendidikan
Sultan Iskandar belajar di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru. Kemudian belajar di Maktab Sultan Abu Bakar /(English College) di Johor Bahru. Seterusnya di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun. Kemudiah dihantar belajar di Devon Technical College, England.

Kerjaya
25 Januari 1956 baginda pulang ke Johor. Baginda dilantik sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor 1956-1959. Baginda pernah menubuhkan syarikat Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Jawatan diraja
Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahandanya. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja Johor kerana ayahandanya sakit. Pada 11 Mei 1981 ditabal menjadi Sultan Johor ke-4 dalam Sejarah Johor moden. Pada 15 November 1984 dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8.
Popular
Tokoh yang kontroversi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.
Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.
Mangkat
Rencana utama: Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada 22 Januari 2010 pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri dan diumumkan pada pukul 11.15 malam oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Baginda dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
Pengganti
Baginda diganti oleh anak sulungnya, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar (51) sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Pemasyhuran / pelantikan Sultan Ibrahim Ismail berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.Ia diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi, 23 Januari 2010.

3 Komentar:

  1. Pening , baca salasilah bini bini almarhum

    BalasPadam
  2. Terimaksh atas pengkisahan ini. Sekurang-kurangnya ade rujukan. Usaha yg baik. Tahniah !

    BalasPadam
  3. Ssahdan50050/00005555

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates