Rabu, 30 Disember 2009

4 Rahsia Di Sebalik Tandatangan Anda

BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa…hendak pula bila bercinta.Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga...

Selasa, 29 Disember 2009

1 Trak Transparensi

Trak transparensi di jalan raya. Pengguna jalan raya sering menghadapi masalah untuk memotong trak panjang.Dengan adanya sistem siaran "Transparentius" yang dipasang dibahagian belakang trak memberikan panduan dan kemudahan kepada pemandu-pemandu kenderaan lain di belakangnya untuk menilai situasi di "zon buta" sebelum memotong.Signal video ditransmisikan dari kamera tetap di depan trak di pintu belakang panel dengan sebuah projektor. Alangkah bagus jika trak di Malaysia pun menggunakan teknologi begin...

Khamis, 17 Disember 2009

1 Maal Hijrah : Suntikan Untuk Keunggulan Ummah

Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. ZinPada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat...

Rabu, 16 Disember 2009

4 Gambar Orang 'Halimunan'?

Tentu anda terpegun melihat gambar di bawah ini. Ha, ni bukanlah skill editing dalam photoshop atau sebagainya. Tapi orang di dalam gambar ini telah dicat dan diwarnakan seluruh tubuhnya mengikut warna yang serupa dengan latar belakangnya. Apa2 pun layan ok..Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukra...

Selasa, 15 Disember 2009

1 Kelebihan Memakan Kismis

Kita tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara...

Ahad, 13 Disember 2009

5 Pantang Larang Orang Melayu Tentang MAKAN

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.2. Makan dalam belanga dapat anak...

Jumaat, 11 Disember 2009

0 Lukisan Cinta (Episod Akhir)

Cerpen Oleh : Triple M“Ini semua lukisan Alwi.” Zuhri menoleh. Rupanya ummi sedang melihat tingkahnya. Hadirnya memang mengejutkan tetapi tidak pula mengatasi ayat yang baru didengarnya tadi. Zuhri merenung mata ummi, memaksanya memberikan penjelasan.“Dia pernah bawa seorang gadis ke rumah ni. Orangnya cantik, manis. Mereka pernah pergi ke parit itu.”“Maksud ummi mereka bercinta?”“Ya. Sejak di bangku sekolah. Dia anak datuk. Waktu ummi hantar pinangan, mereka minta hantaran kahwin yang besar.”“Alwi bersungguh-sungguh menyimpan wang. Siang malam dia bekerja. Sampailah satu masa keluarga mereka memberi kata putus.”“Apa?” Zuhri menunjuk minat.“Mereka...

Khamis, 10 Disember 2009

3 10 Amalan Masyarakat Kita Yang TERBALIK!

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran...

Rabu, 9 Disember 2009

0 Wajibkah Solat Jumaat Pada Hari Raya Pertama?

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah...

0 Jenayah Murtad : Usah Terlalu Rigid Menghukum

Oleh: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim Presiden Lajnah Jabatan Syariah & Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaSejurus selepas keputusan penghakiman kes Azalina Jailani @ Lina Joy, kedengaran beberapa rakan penulis berbisik sesama mereka. Antara lain mereka mengatakan sekarang keputusan penghakiman telah diketahui bahawa secara jelas Azalina Jailani tidak boleh menggugurkan perkataan Islam pada kad pengenalannya. Jelas, di aperlu murtad atau tidak, akan dibunuh.Penulis bertanya kepada salah seorang rakan penulis, “ Jadi sekarang apa tindakan yang perlu kita buat?” Beliau menjawab “ Nak buat apa lagi. Dah lama dah dia murtad....

Selasa, 8 Disember 2009

3 Rahsia Warna Bunga Ros

Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamuBunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.Bunga...

Khamis, 3 Disember 2009

0 Mengatasi Tabiat Berdengkur

Sebut saja tentang berdengkur, kita akan membayangkan simpton ini membabitkan kaum lelaki sahaja khususnya mereka yang berleher pendek dan suka tidur.Selain ciri-ciri personaliti yang dikaitkan, lelaki yang berdengkur juga digambarkan sebagai malas dan lemah dari segi fizikal.Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu di sebalik ribuan lelaki, wanita juga berdengkur ketika tidur. Bagi kebanyakan wanita, berdengkur tanpa disedari ketika tidur adalah sesuatu yang memalukan tambahan pula apabila ditegur oleh suami atau rakan sebilik.Disebabkan teguran, rasa malu dan berdengkur boleh mengganggu ketenteraman dalam bilik tidur, kaum hawa akan berusaha...
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates