Sabtu, 23 Februari 2013

1 Cukupkah Menyambut Maulidur Rasul?

Assalamualaikum... Dalam minggu-minggu ini semua tempat sibuk mengadakan majlis Sambutan Maudidur Rasul SAW. Sungguh seronok melihat ramai yang teruja menyambutnya dan menunjukkan minat dengan turut serta dalam apa-apa pertandingan selingan dan tak ketinggalan rewang masakan untuk dijadikan jamuan sewaktu majlis. Tak lain tak bukan semua itu sebagai lambang yang boleh kita pamerkan bagi menyatakan kecintaan diri terhadap junjungan nabi SAW. Serta tak ketinggalan ada yang menyanyi lagu-lagu selawat yang perbagai melodinya serta berzanji dan berqasidah bagi merancakkan majlis sambutan. Persolannya adakah cukup sekadar itu bagi menunjukkan...

Selasa, 19 Februari 2013

1 Perang Mu'tah: Punca dan Iktibar

Oleh: Mohd Muslim Mahmod 1. PENDAHULUAN Objektif utama kertas kerja kami adalah untuk membincangkan berkenaan satu peristiwa penting dalam sirah  iaitu perang Mu’tah. Kami juga cuba menganalisis tentang punca berlakunya perang tersebut, kesan yang timbul selepasnya serta beberapa kajian lain. Seperti yang kita sedia maklum, dalam sirah telah jelas apa yang dimaksudkan dengan ghazwah (perang). Ghazwah ialah siri gerakan tentera yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Perang Mu’tah ini dianggap oleh sebahagian ulama’ hanya sebagai syariah dalam menyebarkan Islam. Namun ada juga yang mengatakan ia sebagai ghazwah (perang) memandangkan ramainya...

Ahad, 17 Februari 2013

0 Menginsafi Dosa

Menyedari diri bersalah dan berdosa, ia titik mula untuk pahala. Pasti setiap insan manusia itu tetap berbuat salah dan khilaf. Tiada yang sempurna melainkan Allah Yang Esa. Suatu masa dalam lipatan hayat kita, hanya sebentar kita tiada dosa. Waktu itu kita tak berdaya, ditatang dibuai ibu dan bapa. Setelah zaman berlalu dan umur bertambah kita semakin dewasa. Banyak anasir luar kita terima, semua itu masuk satu-persatu menusuk pancaindera yang ada. Kawan-kawan semakin ramai dan usaha iblis berlipat ganda meracun jiwa kita. Lalu Allah berikan akal untuk kita guna. Akal diguna untuk membeza antara baik-buruk, pahala-dosa, benar-salah dan sahih-palsu....
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates