Jumaat, 28 Ogos 2009

0 Bicara Sepi

PUISI OLEH : TRIPLE MAku Bercerita,Tiada Yang Dengar,Aku Berbicara,Tiada Yang Sedar,Aku Bersenda,Tiada Yang Tertawa,Aku Berbisik,Tiada Yang Faham,Di Ruang Yang Sempit,Aku Rasa Terhimpit,Tubuhku Membatu,Lidahku Mengelu,Rasaku Cuma Satu,Azab Yang Terperit,Aku Tak Mampu Bercerita Lagi,Aku Tak Mampu Berbicara Lagi,Aku Tak Mampu Bersenda Lagi,Aku Tak Mampu Berbisik Lagi,Kerana Lidahku Dipaku,Kerana Mulutku Dikunci,Yang Bersuara Adalah Penyesalan Belaka,9-11-20...

0 Di Lantai Gersang (Episod 1)

CERPEN OLEH : TRIPLE MSatu saat itu menjadi asing sekali. Tubuhku tiba-tiba terdampar di gurun gersang yang saujana pandang. Pedih kulit tubuh tertusuk panah sang suria. Sebentar saja peluh sudah meluap di lantai kulit. Dua kakiku menggigil. Nampak tiada berdaya untuk terus berpacak di situ, meski wujudku sebentar baru. Laju aku mencari tempat teduhan. Tiada. Kalihku ke kanan, ke kiri. Kosong jua. Tiada apa yang wujud. Tiada pohon rendek, tiada teratak, tiada khemah. Tiada makhluk sebarang, tiada haiwan, tiada serangga, tiada orang seperti aku. Tempat apa ini?! Bagaimana aku boleh berada di sini? Di mana duniaku, di mana mahligaiku?! Ah, penat...

Rabu, 26 Ogos 2009

0 Kasih Najwa (Episod 1)

CERPEN OLEH : TRIPLE M“Najwa, tolong bawa masuk invois semalam.”Tuan Abid memberi arahan itu melalui telefon pejabat. Tidak lama kemudian Najwa, seorang kerani, masuk ke biliknya. Di tangannya ada fail hijau nipis yang bertutup. Dia melangkah longlai. Mukanya mengecut, dahi berkerut, matanya menakung air. Dia menyerahkan fail itu kepada pengarah syarikat. Bibirnya bergerak, barangkali cuba mengatakan, “invois itu ada di dalam fail.” Pun begitu matanya tidak selari. Tuan Abid perasan itu.“Awak sakit kah?”Najwa mengangguk, kemudian cepat-cepat menggeleng pula. Sah, dia di alam bukan nyata. Sebaik menyedari keadaannya dikesani Tuan Abid, dia cuba...

Sabtu, 22 Ogos 2009

0 Cinta Cita-Cita

PUISI OLEH : TRIPLE MSewaktu Kau DiseruBerganjak Dari Titik MulaCita-Cita Yang DicitaMenggunung Harapan BondaImpian Selaut AyahandaPedoman Dari Cinta JiwaBersandar Kudus DoamuKetika Nalurimu GelodakMenuntut Tunjuk Ad-DinDi Persimpangan Lorong LainUsahamu Haruslah DipujiKerana Kau TeristimewaPendirianmu Menjadi Tugu Cinta Seorang PencintaMenghadir An-Nur Pangkas SeluruhnyaMengikis Was-Was MerakusSantak Cita-Cita MurniTerdampar Sia Di Laut MatiPastinya Setiap Lebuh Ada RanjaunyaBegitu Pun Seninya Cita-CitamuMenjadi Pengembara Di Mana-ManaKelana Dari Paksina Santak Ke DaksinaTiada Jua Serongga Pun Perlu Kau LekaiKeyakinan Dan Semangatmu Tergumpal...

Selasa, 18 Ogos 2009

1 Ajaran & Pemikiran Sesat Dalam Konteks Islam

OLEH:MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADYAjaran atau pemikiran sesat yang terkait dengan agama Islam boleh menyentuh bvidang akidah, hidup kerohanian atau ibadat, akhlak, dan hukum. Kalau disebut dari segi bidangnya, maka ianya menyentuh usul al-din, fiqh dan akhlak atau tasawwuf. Insha Allah dalam nota ringkas ini akan disebutkan beberapa aspek kesesatan dalam bidang-bidang berkenaan dengan bebereapa cirinya, juga faktor-faktor yang memungkinnya; sebagai tambahan akan disebutkan juga pemikiran-pemikiran sesat dari kacamata Islam demi untuk menjadi panduan dalam hidup beragama. Kesesatan“Sesat” dalam “Kamus Dewan” memaksudkan “tidak mengikut jalan...

Sabtu, 8 Ogos 2009

0 Agama Sebagai Pendorong Atau Pembentuk Pertembungan Tamadun

OLEH:MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADYKita boleh bermula dengan melihat agama (“al-din”) menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa kepada timbulnya “diri” peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan Yang Mutlak. Bermula daripada aspek yang paling batin, dengan akidah dan hidup rohaniahnya, berserta dengan nilai-nilai akhlaknya, hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh, yang merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya, yang membawa kepada timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan sains,...
 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates