Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.
Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini:
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.
Jumaat, 16 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
fuh, haritu aku beli cover untuk phone, namapk ada 3 bintik. tapi bintik2 dia straight, not macam bentuk yg mcm kau tunjuk tuh. haha nasib baik :D
BalasPadamHidayah klu bintik2 yg mcm bkn tuga segi mcm kt pic atas ni bkn pigskin ke..
PadamBoleh bg no.fon x kita nk whtaspp..sbb ada terbeli kasut 3titik jgk..
Padamperkongsian yg baik...
BalasPadambyk maklumat baru...
tahniah
kulit babi pun da ble buat barangan ya? ish3...
BalasPadamada jak cara kafir ni nak merosakkan umat islam...
thanks for the info.
BalasPadamyeah sekarang berbagai2 produk yang
berasaskan kulit babi nie,
bukan setakat sandal , beg jer,
gelang tangan pon boleh jd.
So para pengguna beragama islam tu,
berwaspada la kay? :)
erm...bola pun bnyk d prbuat dr kulit babi jg
BalasPadamBukan sahaja kulit babi yang menjadi masalah dan haram kepada kita umat Islam. Banyak lagi barangan lain yang tidak sepatutnya digunakan. Mereka bukan Islam dan mereka sudah tentu tidak mengutamakan kita. Pada pendapat saya yang penting kita tidak mengikut atau menggunakan apa sahaja dari mereka.
BalasPadamBukan sahaja kulit babi yang menjadi masalah dan haram kepada kita umat Islam. Banyak lagi barangan lain yang tidak sepatutnya digunakan. Mereka bukan Islam dan mereka sudah tentu tidak mengutamakan kita. Pada pendapat saya yang penting kita tidak mengikut atau menggunakan apa sahaja dari mereka.
BalasPadamSalam saudara Triple M,
BalasPadamMungkin baik diletak kredit sumber mana artikel2 saudara ambil. Sebab dalam blog saudara ni, artikel2 "dicatat oleh Triple M". Kerana, dibimbangi ada charge plagiat nanti pula. Sekadar berkongsi..
Semi, biasanya sy minta izin dari admin blog/web itu dulu sebelum sy ambil artikel diorang. Mana yg saya tak dapat untuk berbuat demikian, baru la sy catat ambilan sumber artikel tersebut.Manakala bagi penulisan saya sendiri,saya akan catatkan nama saya di bahagian paling atas setiap entri.Saya rasa takde masalah ttg perkara ini.
BalasPadamSalam... nak beli apa sajapun kena perhatikan pelbagai benda
BalasPadam* makanan pun kena lihat kandungan bahannya...
erk~ kena check!
BalasPadamTq bro...bagus info ni..
BalasPadam