Jumaat, 9 Oktober 2009

15 Daging Babi Halal Dimakan


Salam semua..Diharap kalian tak jemu2 mengunjung blog ni. Kali ini saya nak berkongsi tentang satu isu yang memeranjatkan iaitu BABI (KHINZIR) HALAL DIMAKAN. Pasti ada yang terkejut tapi itulah realiti yang berlaku di sebuah negara tidak jauh dari kita, Singapura. Perhatikan label terpamer isi kandungan bungkusan beserta cop Halal yang disahkan oleh pihak berkuasa di sana. Di sini barangkali terdapat penipuan samada dari pihak pengedar yang secara sengaja memanipulasikan cop yang keramat bagi umat Islam tersebut. Semoga golongan tersebut akan segera sedar dan insaf di atas perbuatan hina ini.

Dari sudut yang lain, kita bimbang dengan umat Islam di sana yang akan terpedaya dengan penipuan ini. Bayangkanlah jika ia menjadi darah daging kita, bagaimana mungkin segala ibadah dan doa kita akan diterima di sisi Allah. Semoga muslimin dan muslimat di sana mendapat perlindungan dari Allah.

Akhir sekali berwaspadalah dengan sesuatu yang kita makan. Yang penting masak dulu sebelum makan, jangan makan mentah2. Hehe.

Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

15 Komentar:

  1. bukan tak patut tapi bangang ini la berlaku apabila sistem kapitalis berleluasa agama pun dijual...:-L

    BalasPadam
  2. salam buat tuan rumah..

    pernah gak sebelum ni terbaca artikel lebih kurang camni.. gambar yg berbeza, tp tetap isu daging yg haram dimakan ni dijual kat supermarket n dilabel halal siap dgn logo halal... kat singapore gak la.. tak patut betol.. mmg satu penghinaan! semoga umat Islam di sana selamat daripada tipu helah serta penyelewengan yg menyesatkan ni... aamiiin..

    BalasPadam
  3. bleh plak daging babi letak tnda halal.. dh sah2 bnda tu haram.. celaka gle ah..

    BalasPadam
  4. Salam,

    Sy berharap ianya satu kesilapan dan perlu segera dibetulkan. Namun yang saya bimbangkan sesangat, ianya mungkin dicetuskan oleh satu golongan yang digelar sebagai 'anti hadis', menurut kajian mereka, islam sebenarnya tidak pernah mengharamkan daging babi, itu menurut maklumat yang saya perolehi. Jika benar gitu, pastinya umat islam di situ dalam bahaya..

    BalasPadam
  5. lol. babi halal pulak?. haha. adoi siut je spe pengeluar tu. huhu

    BalasPadam
  6. tak ptot btol!
    sape yg ptot bertanggungjawab?renung2kan lah.

    BalasPadam
  7. astaghfirullah... sedih juga bila mengingatkan di negara kita juga banyak makanan yang disangka halal tetapi rupanya adalah haram. Kes ayam (Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco) dulu pun susah untuk dimaafkan.

    BalasPadam
  8. Astaghfirullah al azim... apa nak jadilah...

    BalasPadam
  9. alamak dalam surat almaidah ayat tiga artinya tak boleh makan daging babi sekali tak boleh tetap tak boleh betul tak kawan kawan

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates