Sabtu, 31 Oktober 2009

25 Kena Hempap Masa Tidur. Kenapa?


Sejak beberapa tahun dulu hingga kini, Triple M selalu menghadapi situasi berikut. Pada waktu malam, apabila tertidur sebentar tiba-tiba terjaga, tubuh badan berasa sangat berat dan susah benar mahu bangun walaupun segala kudrat digunakan, badan menjadi lemah secara tiba-tiba, dada berasa berat dan seperti dihempap sesuatu, mata akan separuh terbuka dan kelihatan seperti separuh terjaga. Keadaan ini saya alami di mana-mana sahaja sepserti di surau, sekolah, asrama, kampung dan di rumah sewa. Saya pernah menggunakan air penawar dari seorang ustaz untuk diminum dan dibuat mandi. Ia berhasil seketika saja.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti saya? Sedang asyik melayari internet, saya menjumpai artikel yang khusus membincangkan perihal ini di blog saudara Kayril. Apakah sebenarnya yang berlaku? Mari kita baca:


Kepercayaan orang Melayu akan mengaitkan kejadian tersebut dengan makhluk halus. Orang-orang tua akan mengatakan ada makhluk halus baring atau menghempap atas kita akibat daripada kesalahan kita sebelum tidur seperti mengganggu kawasan makhluk terbabit, tidur tak basuh kaki ataupun tidak solat sebelum tidur. Maka kepercayaan ini telah ditelan bulat-bulat oleh generasi Melayu hinggalah ke hari ini.


Teknologi perubatan moden kadang-kadang tidak mampu mengetahui penyakit berkaitan dengan roh dan mistik seperti rasukan dan sihir yang memang tiada ubat jika menggunakan teknologi perubatan moden. Namun untuk masalah 'Hempap Ketika Tidur' ini, pakar-pakar telah menjumpai kaitan kejadiaan ini dengan keadaan fisiologi badan manusia ketika tidur. Benarkah?


Sebenarnya,ia terjadi akibat daripada Sleep paralysis atau 'lumpuh waktu tidur' iaitu keadaan yang terdiri daripada lumpuh yang sementara. Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa mahu tidur (hypnagogic paralysis) atau baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis) Kemudian normal badan manusia apabila tidur, bila masuk peringkat tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak ni, biji mata kita bergerak-gerak) otak akan beritahu badan kita untuk berehat. Maka badan kita akan switch off sekejap atau EM atonia (tader muscle tone). Otak kita pun ada 'switch off button' dipanggil reticular activating system RAS. Apabila otak sudah switch off badan, ia pun auto switch off RAS ini maka tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas dan lain-lain) yang masih on. Ianya sama seperti Screen Saver atau hibernate. Apabila kita bangun, RAS switched on semula dan kita sedar fully awake state tetapi kadang-kadang, electrical signal tak diaktifkan oleh otak untuk switch on semula badan kita, maka masa itulah badan kita lumpuh seketika sebelum otak mengaktifkannya semula. Memang menakutkan tapi benar. Paralysis tu tidak semestinya sempurna atau penuh, kadang kala ia partial atau sebahagian sahaja. Sebab itu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetiap badan lain lumpuh! Satu lagi, sleep paralysis ni selalu juga datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa sesuatu menyentuh atau menghempap dan lain-lain)
Punca yang boleh menyebabkan sleep paralysis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2.Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni. Penat sangat)

4. Stress yang banyak di otak seperti masalah keluarga, kewangan dan lain-lain.

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba

6. Orang yang mempunyai penyakit Narcolepsy.


Anda percaya dengan fakta ini? Wallahua'lam...

Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

25 Komentar:

  1. salam mr triple M...
    seumur hidup, alhamdulillah,pernah sekali saja alami situasi ni!
    tu pun mgkn kerana kepenatan... tak rasa sgt kena hempap, tp mcm ada gerakan seolah2 seekor kucing melangkah dari kaki... badan jadi keras... jerit suara tak keluar... seminit 2 je la. takutnya time tu!

    rasanya, kepercayaan n teori sains tu dua2 betul!

    BalasPadam
  2. memg selalu kene..
    takutnya masa kene, mcm dah tkleh nak bernafas..

    BalasPadam
  3. salam saudara triple M,

    bagus artikel ni, dapat gak pengentahuan baru. Masa dulu2 aku pun selalu gak terkena 'penyakit' ni, kadang kala terasa aku jatuh dari tempat yang tinggi, padahal aku tidur diatas lantai saja. Namun yang paling 'dasyat' sekali, aku sering terasa diri terangkat dari tempat pembaringanku. Aku melayang2 diudara malahan beredar dari tempat tidur ke destinasi yang lain. Ianya bagaikan benar2 berlaku. Fenomena ini terjadi ketika aku baring2 selepas waktu zohor, tak kira dirumah atau ditempat kerja. sejak tu aku dah tak tidur selepas zohor lagi..

    BalasPadam
  4. saya percaya yang terlentang terlalu lama..sangat setuju. saya pun pernah terfikir sebelum nie..sy pn dulu selalu kena

    BalasPadam
  5. terlentang terlalu lama ?
    tak jugak .
    ana da kena byk kali ,
    stat twon lepas .
    2kali time ana mngiring , kanan .
    n bru2 nie ana mniarap pn kena jugak .

    BalasPadam
  6. aku pernah kena ni. sampai badan berpeluh2.

    Lantas aku tanya kawan2 yg juga pernah kena. Dorang cakap sebab aku tak mandi wajib. hahaha... mmg betul. masa aku kena tu aku tak mandi wajib. aku tanya kat dorang pulak... dorang cakap dorang kena pun sebab tak mandi wajib. Makhluk halus suka kacau orang yg tak mandi wajib.

    Cuba korang ingat betol2.. korang masa kena tu da mandi wajib ke belum??
    so.mandilah cepat2...hahahaha...ok. :P


    P/S: tak sangka ada jugak explaination dalam sains ye.

    -Pelawat-

    BalasPadam
  7. huhu...dulu2 rajin kene..skng jarang..tak mo lah.nnti bangun pagi penat jer

    BalasPadam
  8. pnah jgak kena...start kena mase kat kolej lepas tue bende nie berulang tuk tmpoh yg agak lama...smpaikan nk tido rase takut sgt...tp alhamdulillah skrg dh xkena lg...seeloknye sblm tido bacelah ayat2 suci yg patut...walaupun org berpandangan dr segi moden...tp eloklah kite amalkan membace ayat2 suci sbb kite xth bile kite akan mati...

    BalasPadam
  9. nama situasi ni adalah sleep apnoe.
    dalam psychology ada istilah ni.

    punca die?
    collapse of upper airways muscle time tido telentang.
    bile muscle tu collapse, die tutup airflow kite. that's why kite akan terbangun tgh2 malam gasping for air. time tu dada kite rase sesak.

    cara nak atasi nya? use elevated pillow. angle kpale time tido kne tggi. xleh tdo rata. tdo mengiring boleh gak tp x effective sgt.

    last but not least, exercise la. sbb besenye org yg terlebih brat bdn je slalu kne situasi ni.

    p/s~ jgn lupe lawat blog sy ye :)

    BalasPadam
  10. ADE JUGAK LA AKU DGR BAB KENE HEMPAP HANTU JIN NI.

    TP MACAM HAMPIR PERCAYE JUGAK.BILE BACE ARTIKEL NI,AKU RASE ADE JUGAK KEBENARANNYER.

    TQ BRO 4 UR INFO.

    BalasPadam
  11. lain kali kena basuh kaki dulu. lepas tu baca apa yang patut,

    BalasPadam
  12. hrm..aq pown slalu kena waa..huhu..dri dulu smpai skrg msti kena pnya..tp bru2 nie ada oke c kit coz my datuk ada bg something kat sy..mmg tkut sgt2 kalo kena,kena bisik kat tlinga,xdpt bernafas,rasa diri cm kena angkat,fuhhhh!!!..tkut gyler dibuatnyer...huhuhuhu..btw,nice info...love it..^^

    BalasPadam
  13. lala selalu jugak kene himpap masa tidur...dekat hostel selalunye...kat rumah xde pulak....buntu gak cr jwpn kenapa asik rs kene hempap je...
    tapi after baca this article,baru tahu..

    BalasPadam
  14. boleh bawak maut tak kalau kita biarkan dan terus tido saje?

    BalasPadam
  15. nauzubillah,saya sering kena,dan saya percaya syaitan menganggu..jd bila kena saya akan lawan dgn auzubillah mina syaitan nirajim saya percaya Allah akan membantu kerana ayat tu adalah perisai yg Allah berikan pd manusia utk menghalau syaitan.nk tanya benda ni terjadi pd non muslim x?

    BalasPadam
  16. nauzubillah,saya sering kena,dan saya percaya syaitan menganggu..jd bila kena saya akan lawan dgn auzubillah mina syaitan nirajim saya percaya Allah akan membantu kerana ayat tu adalah perisai yg Allah berikan pd manusia utk menghalau syaitan.nk tanya benda ni terjadi pd non muslim x?

    BalasPadam
  17. nauzubillah,saya sering kena,dan saya percaya syaitan menganggu..jd bila kena saya akan lawan dgn auzubillah mina syaitan nirajim saya percaya Allah akan membantu kerana ayat tu adalah perisai yg Allah berikan pd manusia utk menghalau syaitan.nk tanya benda ni terjadi pd non muslim x?

    BalasPadam
  18. Atas pengalaman sy ,sy penah tido terlentang n byk kali jgk lh n mmg betul sy kene hempap..tapi,ade mase tido mengiring kene jugak..nk kate sy x solat,sy solat tido bace 3 qul pon kene jugak..mse sy dlm suci pon kene jugak..sy betul2 tertanye2 kenape..jdi adekah ini jin / mmg sejenis penyakit ??

    BalasPadam
  19. tapi kalo benda ni ada explanation dari segi sains.. apa kena mengena fgn lokasi kita tidur... contoh rumah A aku kena.. tapi rumah B aku tak kena plak sedangkan cara tidur sama je..bila balik rumah A kena balik.

    BalasPadam
  20. Kalau masa kena, anggota badan semua tak boleh bergerak. Nak tau apa yang boleh digerakkan? Ibu jari kaki dan jari sebelah ibu jari. Jadi cuba gerakkan kedua2 nya utk lepaskan diri.

    BalasPadam
  21. Kalau situasi macam ni berlaku mulut pun tak bole bergerak eh ?

    BalasPadam
  22. Saya baru kene smlm..mmg xboleh bercakap.sedar je terus bace ayat krusi.

    BalasPadam
  23. Saya baru bangun tidur n baru kene hempap ni ha , saya takut dan saya terus google sbb apa .. huhu

    BalasPadam
  24. Saya pernah laluinya.ade yg lagi dashat.saya rasakan tidak boleh sadar dan tidak blh bernafas.mataku tidak dapat nk buka seluruh anggota tidak dapat bergerak..dlm hatiku sambil membaca ayat kursi byk kali..akhirnya aku merasa seperti angin keluar dari seluruh badanku.lalu mataku dapat dibuka..alhamdullilah..

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates