Rabu, 21 Oktober 2009

4 Rahsia Di Sebalik Berwuduk


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'


Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

4 Komentar:

  1. Thanks for the nice info.
    maybe I can better myself better after this,
    there's always a reason why Allah befall to us with
    challenges in our temporary life here on earth,
    so, try to see the hikmah behind of every ordeal that happen
    to us and always know that there's always a light at the end
    of our journey if we follow by HIS rule.

    BalasPadam
  2. Selalu sahaja kita lupa betapa banyaknya nikmat yang kita perolehi dari Yang Maha Esa. Bila nikmat itu sudah ditarik dari kita, baharulah kita menyedarinya. ( sebab itulah kita wajib sembahyang 5 kali sehari, jadi kalau lupa pun taklah lama sangat ) Kan?

    BalasPadam
  3. mantabbb browww infonya mudah2an kita dapat digolongkan menjadi manisia yg bertaqwa kepada allah swt (amin)

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates