Khamis, 29 Oktober 2009

2 Di Lantai Gersang (Episod Terakhir)


CERPEN OLEH : TRIPLE M

“Mengapa tuan sengaja mencampakkan mereka ke lembah yang hina, sedangkan tuan mampu menghalanginya. Tuan menunjuk mereka lorong gelap sehingga mereka terpaksa berdepan siksaan tadi.”
“Di saat mereka bertarung dengan maut pun, tuan masih tak mampu selamatkan mereka. Ini adalah petanda bagi apa yang berlaku awalnya.” Sepantas itu aku menangis lagi. Lebih sayu dan lebih hiba.
“Tuan hidup di bumi Allah. Tiada yang bebas. Semua adalah hamba-Nya, dan tuan lupa itu.”
“Tuan tak puas mengumpul harta dunia. Tuan lupa akan hak orang lain yang tuan simpan. Tuan lakukan maksiat setiap masa. Tuan ke rumah pelacuran, tuan meminum arak, berjudi. Tuan lalai dalam lautan nikmat Allah.”
“Ya Allah! Aku menyesal, ya Allah! Aku benar-benar menyesal…”
“Tuan membiarkan saja isteri tuan hanyut tanpa pendayung. Biarkan dia melakukan banyak perkara keji dan hina. Tuan juga membiarkan anak-anak tuan lemas dalam dosa yang sama. Di mana peranan tuan?”
“Tuan tidak mendidik mereka. Tuan abaikan tanggungjawab. Tuan abai suruhan Allah.” Lelaki itu menamatkan dialognya. Dia berpaling, memberikan isyarat tertentu kepada pembantu-pembantunya. Pembantu 1 meleraikan rantai di kaki dan tanganku. Pembantu 2 memadamkan unggun api yang masih lagi marak.
“Siapa kamu sebenarnya?”
“Sama seperti tuan, di persimpangan antara hidup dan mati. Ataupun terus begini.”
“Kini terpulang kepada kehendak Allah, samada mahu menghantar tuan ke tempat asal semula atau ke alam barzakh. Atau tetap di sini bersama kami.”

# # #

“Baik. Terima kasih encik.”
“Siapa?”
“Polis. Orang yang langgar ayah dah ditangkap.”
“Baguslah. Eh, kak tengok. Tangan ayah…”
“Doktor!”


...selesai


Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

2 Komentar:

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates