Khamis, 5 November 2009

11 Kelebihan Memberi Salam


PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah al-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera (Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490)

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah. Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah. (Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699)

Antara hukum-hakam mengenai salam adalah :

1. Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas
salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikassalam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2. Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

1.Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

2. Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk. Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai. Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua. Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

3. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

4. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada' hajat.

5. Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.

6. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.” Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.

7. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

8. Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

9. Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.

10. Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
memberi salam.

Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.


Sumber : zahazan.net


Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

11 Komentar:

  1. semoga bermanafaat..terima kasih..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum warahmatullah semua ^_^ Thx for this post! Nak repost kat blog saya leh tak? >_<

    BalasPadam
  3. macam mane pula,, lelaki bagi salam kat org pompuan dgn niat lain??

    contoh nye laki bagi salam kat pompuan dgn niat nak mengorat???

    BalasPadam
  4. klau cm pertanyaan reen_sofee tue jawab je kot...asalkan kite jwb salam...sbb jwb salam hukumnye wajib kan...sama ada niat drg lain itu lantak drg lah kot...

    BalasPadam
  5. biasalah jawab salam bila ada orang 'kirim salam' ;)

    BalasPadam
  6. Salam Trimple M. Gambar enta dalam cube sebelah kanan ni macam pelakon sinetron Indonesia yang ganteng. Nanti boleh uji bakat...Gurau je TM. Saje nak usik mengusik.

    BalasPadam
  7. salam hangat!
    assalamulaikum warahmatullah wabarakatuh.!

    BalasPadam
  8. "Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
    memberi salam."
    .. yg nih macam kompius sket..
    Klo kita tunduk ngn org tua, memberi salam sambil mencium tgn, dikira haram jugak ker??

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates