Jumaat, 23 Oktober 2009

7 Kasih Najwa (Episod 2)


CERPEN OLEH : TRIPLE M

Teman itulah memberinya tempat untuk menginap dan juga pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat berdekatan dengan tempat kerja Hana sebagai agen menjual insuran. Sesungguhnya Najwa berasa amat gembira dan bersyukur kerana nekadnya untuk datang ke Kuala Lumpur tidak berhadapan sebarang masalah, malah dia amat seronok dengan kerjanya. Walaupun pendapatan yang diterima tidaklah sebesar mana, dia ternyata amat puas. Biarlah dia hidup sendiri berjauhan dengan ibunya, biarlah dia hendak hidup berdikari. Kini, lima bulan berlalu. Hanya dalam tempoh sependek itu, jiwanya merapuh. Tiba-tiba saja wajah ibunya terawang di ruang mata. Bagaimanakah keadaan orang tua itu? Entah sihat entahkan tidak. Kali terakhir Najwa bersama ibunya, orang tua itu sihat-sihat saja. Setelah teruk dibebani kerinduan itu, dan terkesan oleh pujukan si Hana, Najwa bertekad hendak pulang. Ya, dia mahu kembali ke kampung halamannya. Dia mahu berjumpa ibunya, mencium tangannya dan mendakapnya seerat mungkin. Dia mahu melepaskan perasaan rindunya. Dan dia mahu menebus segala dosa dan kesilapan yang dilakukannya itu.

# # #

“Ikan masak asam pedas ni memang Madiha suka.”
Ujar Najwa sambil memasukkan ikan pari yang telah dipotong-potong ke dalam periuk. Kuah yang padat dengan isi digaul perlahan-lahan. Api dapur dikecilkan sedikit, kemudian menutup periuk itu. Dia merapati Mak Sailah yang sibuk memasukkan beras ke dalam sarung ketupat.
“Memang. Orang lain makan ketupat dengan kuah lodeh, dia tak suka.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Jua cuba tengok siapa tu. Macam adik kau saja.”
Najwa segera ke anjung rumah, menyambut Najla dan Madiha yang baru keluar dari sebuah kereta sapu. Menyedari anak-anaknya itu balik untuk menyambut Hari Raya Korban, Mak Sailah cepat-cepat mendapatkan mereka. Ditinggalkan saja sarung ketupat yang sedang diisi beras itu. Mereka berpelukan sampai mengalirkan air mata. Najwa cuma memerhati saja di sisi mereka. Dia tersenyum kecil. Mak Sailah bersembang panjang dengan Najla dan Madiha. Mungkin banyak sungguh cerita yang ingin diceritakan. Tiba-tiba Mak Sailah memberi isyarat kepada Najwa supaya segera ke dapur. Rupanya dia terlupa menjaga asam pedas yang dimasaknya tadi. Najwa memasang telinga, mendangar perbualan mereka. Rancak benar sehingga tercetus tawa kecil. Sebelum ini Najwa tidak pernah melihat ibunya seronok begitu. Selama tinggal berdua di rumah itu, ibunya jarang hendak bergurau dengannya. Bisik hati kecil Najwa, mungkin ibunya lebih menyayangi adik-adiknya berbanding dirinya. Sekejap saja air mukanya berubah. Dia mula dipagut cemburu. Hatinya meronta pedih seolah-olah dipinggirkan ibunya. Dia keseorangan di dapur, sedangkan ibu dan adik-adiknya berseronok di ruang tamu.
“Jua, tolong buatkan air untuk adik-adik kau ni. Penat dia orang duduk lama dalam bas tadi.”
Ah, bertambah pedih lagi hati Najwa. Memang benar ibunya amat sayangkan Madiha dan Najla. Apa salahnya jika mereka masuk ke dapur ni dan buat sendiri air itu? Bukan jauh pun UPM tu? Penat sangatkah? Boleh pula bergelak ketawa tadi? Macam-macam prasangka hati Najwa. Dia berasa ibunya dan adik-adiknya tidak menghargai langsung pengorbanan yang dilakukannya. Dia sanggup membantutkan masa depannya semata-mata hendak membantu Madiha dan Najla berjaya dalam pelajaran. Kini kedua-duanya sudah berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Madiha di tahun akhir manakala Najla di tahun satu. Masing-masing mengambil bidang pengajian yang sama iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pertanian. Ya, mereka sudah melupainya! Najwa berasa amat sedih. Hari Raya ini tidak bermakna lagi baginya. Dia tidak dihargai pun. Kasih sayang ibu hanya buat Najla dan Madiha. Bila malam menyinggah, Najwa semakin tertekan. Ibunya menyiapkan tempat tidur yang istimewa buat mereka. Kalau boleh tidak mahu ada walau secubit habuk sekalipun. Seperti biasa khidmat Najwa diperlukan. Dia menurut dengan penuh patuh biarpun hatinya berbungkam dengan kesedihan dan cemburu yang teramat. Dia mengakui sebelum ini mereka tidak pula mendapat layanan sebegitu. Barangkali ibunya cuba menyembunyikan sifat pilih kasih demi menjaga hatinya. Tetapi hari ini, ibunya tak berjaya lagi membendung perasaan itu. Dia melepaskannya puas-puas hingga menyebabkan Najwa makan hati. Ah, Najwa tidak mahu kisah perkara itu. Yang pasti dia amat terluka hari ini. Hari yang menyatukan mereka sekeluarga, tetapi dia merasa dirinya disisihkan. Di hadapan ibu, Najla dan Madiha, Najwa bijak mengawal perasaan. Dia berjaya sembunyikannya. Dia tahu tidak ada guna untuk dia memberontak pun. Dia sedar kini statusnya ibarat kaca saja. Najla dan Madiha intan, berlian dan permata bagi ibunya. Tambahan pula pelajarannya tidak sebagus adik-adiknya. Biarlah dia memendamnya, hingga tiba waktu yang sesuai untuknya memulakan kehidupan baru.


...bersambung


Sahabat, jangan lupa berikan komen di bawah ini untuk kita saling bertukar-tukar fikiran.Syukran.

7 Komentar:

  1. hurmmm.agk menarik...i will waiting 4 de next post..~!adioos..~!

    BalasPadam
  2. hmm nice story..next entry please..ehehee.. :)

    BalasPadam
  3. hehe.rileks..ada follower gak ye cite ni.thanks.

    BalasPadam
  4. PROMOSI MUSLIM TOUR

    TIANJIN-BEIJING
    6DAY 5NIGHT
    HARGA DARI RM340

    BalasPadam
  5. Salam.. ni yang tak best... nak kena tunggu2 :P

    BalasPadam
  6. hehe.sama la mcm tgok nur kasih.kena tggu hari jumaat baru dpt tgok.

    BalasPadam

 

FIKRAH PUTERA ISLAM Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates